Penguasaan politik New_Straits_Times

Akhbar New Straits Times

New Straits Times telah dituduh sebagai satu alat propaganda untuk kerajaan dan pemilik proksinya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Seorang pengkritik mendakwa bahawa akhbar ini "kini hanya merupakan sebuah Surat Berita UMNO". [1] Walaupun tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, UMNO yang merupakan parti politik pemerintah memegang undi keemasan dan memutuskan semua dasar untuk akhbar ini. Akhbar ini juga mempunyai tradisi untuk melantik penyunting-penyunting yang menyokong kerajaan semasa. Ketua Penyunting terakhirnya, Abdullah Ahmad (tidak harus dikelirukan dengan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi), telah dipecat tidak lama sebelum persaraannya oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Alasan rasmi yang diberi adalah bahawa Abdullah telah menulis sebuah rencana yang menyinggung pihak berkuasa Arab Saudi, tetapi sesetengah orang mendakwa bahawa beliau telah berat sebelah menentang Mahathir dan Najib bin Tun Haji Abdul Razak (kini Perdana Menteri Malaysia), walaupun beberapa bulan sebelum peletakan jawatan Dr. Mahathir, beliau telah mencuba mengubahkan kesetiaannya dengan tiba-tiba untuk menyesuaikan dengan iklim politik yang baru.

Rehman Rashid, seorang ahli intelek yang terkenal kerana kebolehan berjenaka pintarnya yang pedas, telah dikembalikan jawatannya sebagai Penyunting Bersekutu, selepas dipecat pada Mei 2003, akibat keengganannya untuk bertindak sebagai penulis siluman untuk Abdullah Ahmad. Bekas Ketua Penyunting Kumpulan, Datuk Kalimullah Hassan, menegaskan bahawa pelantikan dirinya kepada jawatan tersebut akan merupakan pelantikan terakhir yang dibuat secara langsung oleh ahli-ahli politik. Walaupun Kalimullah memberi tanggapan umum sebagai seorang yang memihak kerajaan, beliau adalah seorang penyunting yang popular disebabkan beliau mengamalkan pendekatan guna tangan terhadap tugasnya, dan pernah juga menulis sesetengah rencana halaman depan. Bagaimanapun, Kalimullah telah dituduh kerana terlalu mengampu tuan-tuan politiknya dan tidak bertoleransi terhadap mereka yang tidak bersependapat dengannya. Pada akhir 2005, beliau melantik pewarisnya, Datuk Hishamuddin Aun. Kini, Kalimullah masih menyertai operasi New Straits Times sebagai penasihatnya.

Penyunting kumpulan yang terkini ialah Syed Nazri Syed Harun yang menggantikan Brendan Pereira yang meletak jawatan pada Oktober 2006.